First Journal

13 Mei 2009:-

Minggu ini sudah hampir tiga minggu kami berada di dalam semester ke dua dan ini bermakna sudah empat bulan aku berada di pekan koboi ini. Adui, terasa begitu lama sekali masa berlalu. Empat bulan bagaikan empat tahun bagiku. Semester ke dua ini terasa begitu membebankan. Dengan matapelajaran yang lebih memfokuskan bagaimana menjadi seorang guru Fizik yang berkebolehan dan afektif dengan kata lain belajar methodology menjadi guru Fizik yang berkesan, kadang-kala menyebabkan aku berfikir, menyesalnya aku mengambil program lanjutan ijazah ini. Betapa mencabarnya untuk menjadi seorang guru. Sungguh banyak kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mengajar di sekolah nanti.

Untuk menjadi seorang guru, rasanya bakat dan minat itu perlu ada. Bakat untuk menarik minat pelajar. Bakat untuk berlakon di depan pelajar dan bakat untuk mengajar supaya pengajaran menjadi menarik dan difahami oleh pelajar. Dan aku sedar, aku tidak punya bakat-bakat itu. Minat mungkin boleh dipupuk, tetapi bagaimana pula dengan bakat? Terlalu banyak kelemahan diri aku yang aku sendiri sedari. Kelemahan yang dari dulu, ketika di sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan sewaktu mengambil degree dahulu. Aku masih gugup bila bercakap depan orang ramai. Yups, aku takut dan aku sangat nervous. Walaupun bertahun-tahun, aku masih kelam kabut dan mudah gabra. Padahal boleh dikatakan hampir setiap hari kami terpaksa membuat presentation di dalam kelas. Tetapi aku masih lagi malu dan tidak selesa bila bercakap di depan orang ramai walhal mereka itu hanyalah rakan-rakan sekelas. Apatah lagi untuk membuat presentation di dalam Bahasa Inggeris. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana gugupnya dan ketar-ketarnya aku di depan mereka itu.

Minggu ini, di dalam kelas Dr Nurul, kami mendapat tugasan untuk membuat micro-teaching selama 7 minit. Dan giliranku sudah lepas, tetapi malang sungguh kerana aku terpaksa re-teach semula di sebabkan salah konsep. Adui, malangnya aku!! Untuk membuat micro teaching yang pertama itu pun aku sudah hampir-hampir mahu pengsan dan tidak lena tidur. Inikan pula untuk membuat pengajaran kali ke dua? Argh, aku tidak dapat membayangkan untuk macro teaching pula bagaimana. 30 minit pula tu. Aku takut sangat sekiranya pelajar-pelajar di dalam kelas aku ini (sebenarnya rakan-rakan aku sendiri) tidak mahu memberi kerjasama dalam aktiviti yang akan ku lakukan dalam re-teach micro teaching dan macro teaching nanti. Susahnya. Kenapa DPLI ini begitu susah?

Aku tidak punya keyakinan yang tinggi untuk bercakap di depan orang ramai. Sungguh!! Self-esteem aku sangat rendah. Aku merasakan aku sangat ‘kerdil’ di depan orang lain. Terasa aku juga tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan orang lain. Kalau di depan orang, apa yang terfikir dalam fikiranku mesti tidak dapat diluahkan. Apa yang ingin dicakapkan, mesti tidak dapat dituturkan. Aku tidak yakin untuk mengeluarkan pendapat, takut ditertawakan kalau tersalah cakap. Perasaan malu aku masih tebal walaupun aku berdepan dengan orang yang aku kenal. Heii, bila aku dapat berubah ni?

Mengikut artikel yang aku baca mengenai cara-cara mengatasi speech anxiety dan nervous-breakdown, perasaan takut, gabra dan nervous itu sesuatu yang sihat. Untuk mengawal perasaan takut dan nervous, dan membuat presentation yang menarik, pertama sekali perlu ada persedian yang rapi sebelum bercakap. Be prepared. Persediaan yang teliti dan rapi dengan rehearsal boleh membantu mengurangkan ketakutan sehingga 75%. Teori yang lain menyatakan, seseorang ‘presenter’ perlu mengetahui kondisi atau keadaan bilik di mana presentation akan berlangsung. Ini akan menyebabkan ‘presenter’ itu merasa selesa dan familiar untuk bergerak di dalam bilik tersebut. Selain itu, ‘presenter’ perlu mengetahui siapa penonton dan material yang digunakan. Sekiranya ‘presenter’ itu sendiri tidak merasa selesa, sudah tentu meningkatkan perasaan gabra dan takut. Dalam artikel ini juga menyatakan, kemahiran untuk membuat presembahan yang efektif boleh dibentuk melalui latihan/rehearsal yang banyak. Bahasa tubuh juga penting, eye-contact dengan audience, suara yang lantang, penampilan yang menarik oleh ‘presenter’ boleh membantu persembahan menjadi menarik dan audience sedikit sebanyak akan tertarik untuk memberi perhatian kepada presentation tersebut.

Dalam artikel yang lain, untuk mengurangkan perasaan malu dan nervous, langkah sedikit demi sedikit perlu diambil. Buat sedikit-sedikit seperti contoh sekiranya di dalam kelas tidak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu itu akan berkurang sedikit demi sedikit. Selalunya perasaan malu dan takut selalu berpunca dari kerisauan kita terhadap pandangan orang. Kita takut “apa pula orang kata kalau saya bersuara?”. Ini yang menyebabkan keyakinan menjadi kurang dan lama kelamaan hilang rasa yakin. Apa yang perlu dilakukan, sebagai ‘presenter’ perlu berfikir positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak bertanggapan negatif terhadap diri kita. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang kita ingin kongsikan. Selain itu, menurut teori lain, kita boleh berlakon yang kita tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang kita malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang kita seorang yang pemalu. Berlakon seperti pelakon, seperti Erra Fazira dan lama kelamaan perasaan malu akan hilang tiba-tiba.

Melalui pengalaman, aku percaya perasaan nervous dan takut boleh di atasi dan aku yakin aku boleh membuat presentation yang baik asalkan aku mempunyai keinginan dan bermotivasi untuk berubah dan membuat yang terbaik.

Mahu atau tidak, aku perlu berusaha untuk overcome masalah dan mengatasi kelemahan aku ini. Lagipun aku bakal menjadi seorang cikgu. Sampai bila aku harus begini? Tidak ada orang yang boleh mengubah aku selain diri aku sendiri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aku percaya dan yakin setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Aku tidak mahu kelemahan ini menjadi batu penghalang aku untuk menjadi pengajar yang baik. Aku perlu berubah untuk meningkatkan tahap keyakinan dan membuang perasaan takut di dalam diri aku. Perlu juga banyak berlatih untuk punya konfiden dalam diri. Menjadi konfiden dengan diri sendiri dapat membantu di dalam profesion aku masa depan. Aku bukan sahaja akan berdepan dengan rakan-rakan sekelas (macro-teaching nanti), tetapi juga bakal berdepan dengan anak-anak murid dan orang lain. Untuk menjadi cikgu yang baik, bukan sahaja memerlukan kemahiran dalam pedogogi dan penguasaan content knowledge (walaupun aku sangat masih lemah di dalam part ini) tetapi lebih dari itu. Tetapi pertama sekali, aku perlu membuang dan megurangkan ketakutan dalam diri aku ini.

Untuk mengatasi masalah aku ini, pertama sekali aku perlu sedar dan mengingatkan diri sendiri apa tujuan menjadi seorang guru. Aku perlu yakin dan focus untuk membuat presentation yang baik dan bukannya memikirkan apa yang orang lain fikirkan tentang diri aku. Apa yang penting, biarkan audience faham dengan apa yang aku persembahkan.

Kedua, aku perlu banyak membuat latihan atau rehearsal sehingga aku berpuas hati dengan persembahan aku sendiri. Sebagai contoh membuat latihan di depan cermin atau di depan roommate aku sendiri. Aku perlu lebih bersedia lebih awal, bersedia dengan content yang perlu dipersembahkan, perlu lebih mahir dan tahu tentang apa yang akan dipersembahkan supaya aku lebih yakin dan tidak teragak-agak untuk menyampaikan presentation nanti.

Ketiga, aku perlu banyak membaca buku-buku dan artikel yang memberi motivasi seperti langkah-langkah untuk mengatasi rasa malu di depan orang, cara-cara untuk meningkatkan motivasi diri. dan menerima apa sahaja komen dan kritikan dari segi positif.

Keempat, apa yang penting aku perlu berani dan menyahut semua ini sebagai cabaran. Aku akan mengambil peluang unutk membuat presentation kerana melalui pengalamanlah aku dapat memperbaiki kelemahan ini. Aku sedar masih banyak yang perlu ku lakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri aku. Aku tidak mahu menjadikan kelemahan aku yang satu ini sebagai pematah semangat untuk berjaya. Apa yang perlu kulakukan, menerima kelemahan dan kritikan-kritikan dari sudut yang positif untuk memotivasikan diri sendiri. Yup, aku perlu kuat dan sabar untuk berubah.

0 comments:

Post a Comment